Konsert Jelajah Orkestra Simfoni Remaja Istana Budaya


Sekolah Seni Johor Bahru telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kepada satu persembahan konsert oleh pemuzik-pemuzik remaja dari Orkestra Simfoni Remaja Istana Budaya. Konsert ini adalah merupakan salah satu daripada acara Jelajah OSR ke seluruh negara pada tahun in bagi memperkenalkan dan apresiasi kepada masyarakat negara kita terhadap muzik orkestra simfoni.

Konsert akan berlangsung mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 16 Mei 2009 (Sabtu)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan SMK Mohd Khalid

Jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan kehebatan pemuzik-pemuzik yang mempunyai skil atau kemahiran muzikal yang tinggi di Malaysia.

Antara repertoire atau lagu-lagu yang akan dipersembahkan oleh kumpulan OSR ini adalah

STAR WARS-Main Theme,
  • STAR TREK- Through The Years,

Mask of Zorro - I Want to spend my life for loving you
  • TITANIC

JURASSIC PARK,

PHANTOM OF THE OPERA,

SOUND OF MUSIC,


  • JAMES HORNER: Hollywood Blockbusters,
  • MUSIC SPECTACULAR-Batman Theme,Dancing with Wolves, Robin Hood
  • dan lain-lain lagi
Penyanyi jemputan untuk konsert ini ialah Nadia AF6
Kepada mereka yang berminat dijemput hadir ke konsert ini. Masuk adalah percuma.

0 Response to "Konsert Jelajah Orkestra Simfoni Remaja Istana Budaya"