Header Ads

Permohonan Guru Cemerlang

Kepada guru-guru yang layak untuk memohon Guru Cemerlang sila muat turun borang pencalonan di sini.

Walaubagaimanapun Jurulatih Kesenian tidak layak memohon walaupun memang berkhidmat dengan cemerlang.

Memang tidak ada Jawatan Jurulatih Cemerlang. Yang ada ialah Guru cemerlang.
Itu adalah beberapa perkara yang perlu difikirkan kepada sesiapa yang ingin menjadi jurulatih di Sekolah Seni.

Guru Cemerlang adalah merupakan satu jawatan fast track kerjaya di dalam pendidikan. Untuk lebih maklumat lanjut sila layari blog ini

Guru Cemerlang ditarifkan sebagai seorang guru istimewa, dedikasi dan bermotivasi,yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang tugasnya, hasil daripada himpunan pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang luas dan berterusan pada sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Guru Cemerlang mempunyai kualiti peribadi dan kepimpinan yang boleh diteladani serta sentiasa mencapai mutu kerja yang cemerlang.

Sentiasa berterusan,Guru Cemerlang berusaha membentuk ahlak mulia dan membuktikan peningkatan dan kecemerlangan itu dikenalpasti menerusi penilaian dalam aspek berikut

KECEMERLANGAN PERIBADI
KECEMERLANGAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN KECEMERLANGAN KERJA
KECEMERLANGAN KOMUNAKASI
KECEMERLANGAN POTENSI

3 ulasan

dh_64 berkata...

Guru Cemerlang adalah guru-guru yang juga dapat melahirkan pelajar-pelajar cemerlang!

jue berkata...

Mungkin kita ni belum cukup cemerlang untuk diwujudkan title jurulatih cemerlang.....

dh_64 berkata...

Daripada apa yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar dalam "PRODUKSI PMR 2009" tempohari, ianya adalah hasil tunjuk-ajar daripada jurulatih-jurulatih yang hebat dan cemerlang. Teruskan usaha anda semua. Semoga lebih CEMERLANG!