Header Ads

Sekolah seperti biasa pada hari Jumaat 18 September 2009

KUALA LUMPUR 14 Sept. — Kementerian Pelajaran membenarkan sekolah-sekolah mengambil cuti peristiwa atau cuti berganti sempena Aidilfitri yang dijangka disambut pada Ahad atau Isnin ini berikutan permohonan daripada pihak sekolah dan kalangan ibu bapa.



Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata keputusan itu diambil bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga untuk bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya.

“Setelah meneliti permohonan dan pandangan yang dikemukakan, Kementerian Pelajaran bersetuju memberi kebenaran kepada sekolah-sekolah untuk mengambil cuti peristiwa iaitu bagi sekolah yang masih mempunyai baki cuti peristiwa, atau cuti berganti bagi sekolah-sekolah yang telah habis cuti peristiwanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sumber : Berita Harian Online

Selamat bercuti kepada semua sekolah yang mengambil cuti tersebut...

SSJB tidak mengambil cuti peristiwa atau cuti berganti pada hari Jumaat tesebut kerana pelajar-pelajar telahpun membeli tiket untuk pulang ke kampung masing-masing pada hari Jumaat tersebut dan kebenaran bercuti ini dibuat pada saat-saat akhir oleh pihak KPM yang mana tiket-tiket pengangkutan awam telah habis dijual.

Harap maklum.

Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">