Selamat Bercuti dan Pulang Berhari Raya

Dengan pengumuman dari Menteri Pelajaran sendiri iaitu Jumaat ialah cuti khas maka sekolah akan bercuti.

Ada ibu bapa yang marah-marah kenapa macam ini sekejap tak boleh sekejap boleh. Sekolah memang tak bersalah. Arahan diberi last minute.

Semua orang tahu kalau nak beli tiket untuk balik cuti hari raya mesti sekurang-kurangnya ambil masa sebulan baru boleh buat tempahan tiket.



Eloknya kalau KPM awal-awal menyemak kalendar iaitu hari Jumaat 18/9/2009 itu diberi cuti berganti. Pada aku kalaulah hari raya pada tengah-tengah minggu tak ada masalah, tetapi pada tahun ini, hari raya jatuh pada hari Ahad. So perkara ini perlu diperhalusi dari awal lagi. Mungkin terlepas pandang kot.

Kita hanya fikirkan tentang cuti berganti untuk hari-hari selepas Hari Raya tetapi terlupa pulak hari-hari sebelum hari raya pun perlu diambil kira untuk membuat perancangan perjalanan ke kampung.

Itulah harapnya tahun depan tidak berlaku lagi perkara-perkara last minit macam ni.

Kalaulah dalam sebuah sekolah tu, semua pelajar adalah orang Johor dan ibu-bapa mereka semua berkawin dengan orang Johor tak apalah juga. Tapi impossible nak dapat macam tu kan....



Hari ini pihak sekolah terpaksa menguruskan pelajar untuk pulang.
Pelajar yang ke KL ada sebahagiannya akan menaiki bas yang disewa oleh En Jazlan dan ada yang menaiki van sekolah.

Ada juga pelajar-pelajar yang terpaksa menumpang guru-guru balik ke kampung.

Bagi yang selebihnya akan tinggal di asrama untuk menaiki bas masing-masing pada hari esok.

Pelajar-pelajar akan dibenarkan pulang selepas pukul 2.15 petang.

Majlis Khatam Al-Quran yang dijadualkan pada malam ini akan dijalankan pada pukul 1.15 petang nanti.

Sekitar Majlis Khatam Al-Quran


3 Responses to "Selamat Bercuti dan Pulang Berhari Raya"

jebat64 berkata...

Itu lah yang dinamakan MANUSIA, krn manusia PASTI akan melakukan kesalahan. Seperti hadis nabi.. sekiranya sesuatu kaum itu tidak melakukan sebarang kesalahan nescaya Allah akan hancurkan kaum itu semuanya dan menggantikan dengan kaum yang lain agar mereka beriman dengan Allah... so, redha jer laaa...

SPARK berkata...

Iyelah jebat. Jangan lupa ambik anak kau nanti lepas sekolah. Ada budak yg nak tumpang kereta kau sekali. Ok.

Selamat Hari Raya. Berhati-hati di jalanraya. Ops Sikap tgh berjalan.

jebat64 berkata...

For sure... mau tak mau... kena ambik ari ni jugak...
Salam Eid-ul-Fitr. TQ.. TQ..