Header Ads

Kursus Jurulatih Kesenian Anjuran Bahagian Perkembangan Kurikulkum

Setelah tamat sahaja Malam Gala Kesenian, jurulatih kesenian dari kedua-dua sekolah seni telah dikehendaki untuk hadir ke Kursus Kurikulum Kesenian Tingkatan 4 anjuran BPK di Hotel Goldcourse, Klang dari 9 - 13 November 2009.

Beberapa orang pakar yang didatangkan khas untuk menyampaikan input secara direct. Sebagai contohnya bagi Pendidikan Kesenian Seni Muzik, seramai 5 orang jurulatih telah mendapat bimbingan mengenai gubahan muzik oleh Isabella Pek dan teknik vokal oleh Dia Fadila dari ASWARA.

Dengan jumlah peserta kursus yang sedikit bagi satu bidang, maka memudahkan penyampaian input kepada kami yang mengikuti kursus tersebut kerana penyampaiannya secara klinikal dan secara terus.

Ini adalah kursus kedua pada tahun ini yang dijalankan oleh BPK. Kursus kali pertama pada tahun ini adalah pada bulan Mac dulu di Kota Bharu Kelantan mengenai kesenian Wayang Kulit.
Apa yang menariknya mengenai kursus anjuran BPK ini ialah claim atau tuntutan perjalanan sampai sekarang tak dapat-dapat. Elok rasanya lain kali buat kursus di Sekolah Seni sahaja tak payahlah buat claim.

Untuk kursus di Hotel Goldcourse ini, semua orang telah mengisi borang claim, sama-samalah kita nantikan sama ada dapat ke tidak.

Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">