Header Ads

Selamat Datang kepada pelajar baru

Hari ini SSJB telah menerima pelajar-pelajar baru Tingkatan 1 yang datang dari seluruh pelusuk negara. pelbagai gelagat dan keletah yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar baru. Maklumlah berpisah dengan ibubapa dan tinggal di asrama adalah merupakan satu daripada cabaran kepada mereka.

Anggaplah ini adalah merupakan satu perjalanan dalam hidup kamu sekelian untuk ke satu destinasi di masa depan.



Ibubapa dan pelajar turut dihiburkan oleh pelajar-pelajar senior dari pelbagai bidang dan juga taklimat telah disampaikan pelajar-pelajar tingkatan 4 kepada semua hadirin mengenai perjalanan sekolah. Ini adalah satu usaha pihak sekolah dalam membentuk pelajar yang berkeyakinan tinggi berhadapan dengan khalayak.

Selain itu penerangan dari mereka juga adalah kerana mereka sendiri yang mengalami sendiri kehidupan di sekolah ini selama 4 tahun di sekolah ini maka sewajarnyalah pelajar-pelajar sudah boleh menunjukkan kebolehan mereka pada hadirin yang datang.

1 ulasan

zunda berkata...

Selamat Datang kepada pelajar2 Tingkatan 1. Anda semua telah memilih suatu tempat (SSeJB) yang akan melahirkan insan seni yang berilmu tinggi.


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">