Header Ads

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KETIGA

Berhubung dengan perkara diatas, tuan/puan dengan segala hormatnya dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut:

          Tarikh   : 12 MAC 2010
          Hari      : JUMAAT
          Masa    : 9.50 PAGI
          Tempat : DEWAN MINI SEKOLAH SENI JOHOR BAHRU

  1. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
    1. Ucapan pengerusi.
    2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali kedua.
    3. Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG 2009/2010.
    4. Membentang dan menerima Laporan Kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2009.
    5. Pembubaran AJK PIBG 2009/2010 dan pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2010/2011.
    6. Pembentangan Usul.
    7. Ucapan Penangguhan.

    2. Sehubungan dengan itu, sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang usul, sila lengkapkan borang usul yang dilampirkan untuk dibincangkan dalam mesyuarat. Usul-usul tersebut hendaklah diserahkan selewat-lewatnya pada 5 Mac 2010 kepada:

Setiausaha PIBG
Sekolah Seni Johor Bahru
Jalan Abdul Samad
80100 Johor Bahru, Johor

4. Untuk makluman tuan/puan, pada hari berkenaan juga, pihak sekolah akan mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang PMR 2009. Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan untuk kecemerlangan anak-anak tuan/puan.

5. Kerjasama daripada tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menjalankan tugas,


………………t.t………………...
(SELAMAT BIN HAJI OMAR)
Yang Dipertua PIBG
Sekolah Seni Johor Bahru
s.k. 1. Fail Sekolah

3 ulasan

zunda berkata...

Tahniah diucapkan kpd En Selamat Bin Hj Omar berserta barisan ahli-ahli jawatankuasanya kerana terpilih menduduki Jawatankuasa PIBG SSeJB bagi sesi 2010/2011. Kepada semua warga SSeJB diucapkan jutaan terima kasih kerana berjaya mengadakan mesyuarat dengan berjaya dan lancar. Kehadiran serta keperihatinan serta luahan yang disuarakan oleh ibubapa pada mesyuarat ini amatlah menggalakkan.

Amirah Najwa berkata...

tahniah En Selamat kerana dilantik sekali lagi menjadi YDP

Mama Mas berkata...

Well done to SSeniJB...good to be with all of u. By the way I'm still new and wish to support the PIBG team for the next future projects. Excited to know about all the PIBG movements.