Seni tidak dapat di nilai dengan wang ringgit?

Teringat kata seorang teman kepada saya..terpikir juga..
jika seni tak dapat dinilai dengan wang ringgit.. saya rasa tak
perlulah wujudnya institusi yang berkaitan dengan bidang seni..
betol tak??

maka kesianlah pengiat-pengiat seni, pelajar dan orang yang
berkaitan dengan bidang ini.. hanya belajar dan menggunakan kemahiran
serta minat dalam kesenian hanya untuk kepuasan diri dan orang lain tetapi
tidak mampu untuk mencari rezeki dengan menggunakan bakat yang ada..

saya bukan tidak menyatakan setuju atau tidak dengan pendapat teman saya
ini... cuma perlulah berfikiran rasional serta berfikiran terbuka berkaitan dengan
seni ini.. kesian juga pada mereka yang berhabisan ribu ringgit malahan puluhan
ribu ringgit untuk membeli peralatan untuk menghasilkan karya yang baik.. tetapi
orang hanya menilai.. ianya sangat mudah dan murah....

kita perlu ingat tidak semua
manusia dianugerahkan dengan bakat dan kebolehan seni ini.. justeru itu..berfikirlah
dengan rasional jika anda inginkan sesuatu kerja atau hasil yang berkaitan seni..

jangan hanya menilai seni hanya sebagai bahan murahan...

anda suka mendengar lagu??
anda beli album tersebut??? siapa yang mencipta?? dia menggunakan apa untuk mencipta lagu?? fikirkan...................................

0 Response to " "