Header Ads

HARI TERBUKA SEKOLAH SENI JOHOR BAHRU

Semua Ibu bapa/Penjaga,
Pelajar-pelajar Sekolah Seni Johor Bahru,

Tuan/Puan,

HARI TERBUKA SEKOLAH SENI JOHOR BAHRU

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Hari Terbuka Sekolah yang bertujuan untuk berbincang dengan ibu bapa/penjaga pelajar tentang prestasi akademik dan kesenian pelajar.

3. Butiran tentang Hari Terbuka tersebut adalah seperti berikut:

                      Tarikh  : 4 Jun 2010

                       Hari    : Jumaat

                        Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengah hari

4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berharap agar tuan/puan dapat hadir ke sekolah pada hari tersebut. Tuan/Puan boleh membawa anak tuan/puan pulang setelah selesai berbincang dengan guru-guru anak tuan/puan.

4. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami harapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PEWARIS BUDAYA BANGSA”

Yang menjalankan tugas,

                      tt.
(HAJAH ROHANA BINTI ISMAIL)
Pengetua,
Sekolah Seni Johor Bahru,
Johor.

2 ulasan

Alex Peterson berkata...

I have heard people make a big deal about car insurance quotes, and I myself thought it was potentially a lot of hassle getting it arrabged. Howere, after experiencing problems myself, I have to admit that I was wrong. These… master degree | construction management graduate certificate

Unknown berkata...

Amazing one, i appreciate this work.... Psychology degree | aviation management masters degree


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">