Header Ads

Iklan Jurulatih Seni Bagi Sekolah Seni Malaysia 2010

Iklan Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Awam Untuk Berkhidmat Sebagai Jurulatih Seni Gred 29 Hingga 44 (Jawatan Terbuka) Secara Kontrak di Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru, Johor dan Sekolah Seni Malaysia Kuching, Sarawak.
KLIK BORANG DI SINI

1. Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Awam yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Jurulatih Seni Gred 29 hingga 44 (Jawatan Terbuka) secara kontrak di Sekolah Seni Johor Bahru dan Sekolah Seni Kuching, Sarawak.

2. Kekosongan adalah untuk mengisi jawatan jurulatih seni bagi bidang :
2.1 Teater
2.2 Tari
2.3 Muzik
2.4 Seni Visual


3. Syarat dan Kelayakan :
3.1.1 Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 29 hingga 44;
3.1.2 Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun dan disahkan dalam jawatan sekarang;
3.1.3 Berkemahiran, berpengalaman dan berkebolehan mengajar dalam bidang kejurulatihan sekurang-kurangnya 3 tahun;
3.1.4 Mempunyai minat yang tinggi dalam bidang yang dipohon.
3.1.5 Disahkan sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

4. Faedah
4.1 Calon yang berjaya dipilih ke jawatan Jurulatih Seni Gred 29 hingga 44 (Jawatan Terbuka) secara kontrak akan menerima tiga pergerakan gaji di atas tangga gaji hakiki semasa dalam skim perkhidmatan yang disandang ;
4.2 Faedah-faedah lain adalah sama seperti yang diterima oleh pegawai perkhidmatan awam.

5. Tempoh kontrak adalah selama 2 tahun. Tempoh perkhidmatan boleh dilanjutkan jika pegawai berkenaan menunjukkan prestasi yang cemerlang.

6. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan dialamatkan kepada :-
 

Pengarah
B ahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1& 7, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.

7. Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

2 ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">