Header Ads

SUMBANGAN TABUNG PIBG SSJB 2010

Rujukan Kami : JEA 1091/SSJB/08/02/020
Tarikh : 12 Mac 2010

Semua Ibu Bapa /Penjaga
Sekolah Seni Johor Bahru
80100, Johor Bahru
Johor.

Tuan,

SUMBANGAN TABUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH SENI JOHOR BAHRU TAHUN 2010

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk .

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong PIBG Kali Ketiga yang berlangsung pada 12 Mac 2010 di Dewan Mini Sekolah Seni Johor Bahru telah sebulat suara memutuskan agar setiap keluarga membayar RM 50.00 ( Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja ) sebagai sumbangan kepada Tabung PIBG Sekolah Seni Johor Bahru.

3. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak sekolah amat berharap sekiranya tuan/puan sudi membayar sumbangan tabung PIBG seperti yang dimaksudkan diatas secara tunai atau cek atas nama PIBG Sek Seni Johor Bahru untuk tahun 2010. Resit bayaran akan dikeluarkan kepada tuan/puan melalui anak tuan/puan.

4. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian mesra 013-7476223 (YDP) atau Setiausaha PIBG di talian 012-5320963 ( En. Muhamad Fauzi bin Sekhaini ).

5. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

PEWARIS BUDAYA BANGSA

Saya yang menurut perintah,

                        tt
……………………………………
( SELAMAT BIN HAJI OMAR )
Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Seni Johor Bahru


s.k. 1. Pengarah Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, KPM
       2. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Tiada ulasan