Produksi PMR 2010

Sinopsis Teater

Sebuah drama Perjuangan dalam mempertahankan sebuah negara bangsa yang disimbolikkan pada sebuah rumah, yang dikenali sebagai Rumah Warisan. Rumah itu sememangnya menjadi tempat berlindung yang menyimpan 1001 rahsia dan kenangan. Masa yang berlalu mengamit kenangan Tok Husin tentang rumah warisan yang unik dan nostalgia itu. Keluarga Tok Husin yang mewariskan rumah itu berpesan agar rumah itu tidak akan jatuh ke tangan orang lain walau dengan apa keadaan sekalipun. Erysa yang telah berkahwin dengan Nasrihat mempunyai niat untuk menjual rumah itu kepada seorang lelaki Inggeris dengan harga yang tinggi tanpa pengetahuan Tok Husin. Anak-anak Erysa sukakan rumah warisan itu namun tidak pula bagi Edi anak sulung mereka yang baru pulang dari London yang terlalu mengangungkan budaya barat, sehingga lupa tentang tanah airnya sendiri. Alfie dan Alin pula sangat rapat dengan Tok Husin yang memang dahagakan kasih sayang dan perhatian dari ibu dan bapanya iaitu Erysa dan Nasrihat. Album kenangan yang telah lama disorok dan parut di tangan Tok Husin itu, akan mengimbau kenangan lalu tentang keperitan jiwa Tok Husin ketika muda. Ketika zaman kezaliman penjajahan Jepun di Tanah Melayu, rumah warisanlah yang menjadi tempat berlindung bagi penduduk di situ. Bagaimana pula perjuangan Penghulu Salleh bapa kepada Husin dan terputusnya kasih antara Husin dan Zaubaidah akan meruntun jiwa kita. Namun, tergadaikah Rumah Warisan ini nanti?

0 Response to "Produksi PMR 2010"