Ucapan Takziah kepada keluarga Cikgu Zain

Setelah 5 tahun menahan sakit ketumbuhan otak, akhirnya puteri kesayangan En. Zain iaitu adik Anne Nadzirah, 8 tahun, telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.30 pagi 6 September 2010 yang lalu di Wad ICU Hospital  Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.


Ucapan takziah daripada kami seluruh warga Sekolah Seni Johor Bahru.

4 Responses to "Ucapan Takziah kepada keluarga Cikgu Zain"

zunda berkata...

Takziah diucapkan kpd keluarga Cikgu Zain. Al-Fatihah...

Hawa berkata...

takziah cikgu zain..Al-fatihah...

lydia berkata...

Salam,saya Cikgu Siti Rosni ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Cikgu Zain.Semoga Cikgu tabah menghadapi dugaan yang amat berat ini.Kami sekeluarga memohon semoga roh anak Cikgu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

aimyrashid berkata...

Salam, Cikgu Zain...dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali...syukur, penderitaannya telah berakhir dan arwah selamat dan tenang di sana bersamaNya...Moga Cikgu Zain sabar dan redha serta bersyukur kerana telah dipinjamkan olehNya arwah kepada Cikgu Zain sekeluarga selama 8 tahun...
Anak-anak didik Cikgu Zain yang lain masih memerlukan didikan ikhlas dari Cikgu...