Header Ads

Program Pasca PMR 2010 Sekolah Seni Johor Bahru






Seorang pelajar sedang mencuba menyembelih ayam



Permainan tradisional
















Selesai sudah peperiksaan PMR 2010. Seperti tahun sebelumnya program Pasca PMR 2010 Sekolah Seni Johor Bahru telah diadakan. Banyak program-program yang telah disediakan untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 bagi mengisi masa selepas berakhirnya peperiksaan tersebut. Program seperti permainan tradisional yang dikelolakan oleh En Abdul Rahman Bin Mohd Top, Pn Yurnirah Binti Mohammed Yusof dan En Abdul Rahim Bin Abdullah serta dibantu oleh Cik Noraishah Binti Nordin dapat memberi peluang kepada pelajar bergembira setelah tamatnya peperiksaan. Lawatan ke Muzium Sultan Abu Bakar, Zoo Negeri Johor serta beberapa tempat menarik juga telah diadakan. Selain itu aktiviti seperti cara penyembelihan ayam yang diajar oleh ustazah Sahara Binti Bakri juga adalah penting bagi melengkapkan ilmu keagamaan para pelajar ini. Justeru itu dengan adanya program-program yang telah disediakan pihak sekolah ini, dapat meningkatkan sahsiah serta ilmu pelajar Sekolah Seni Johor Bahru ini.

Tiada ulasan