Header Ads

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KEEMPAT SSJB

Ruj. Kami  : SSJB/JEA 1091/08/02/030
Tarikh        : 9 FEBRUARI 2011


Semua Ibu Bapa/ Penjaga
Sekolah Seni Johor Bahru

Tuan / Puan,

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KEEMPAT

Berhubung dengan perkara diatas, tuan/puan dengan segala hormatnya dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut:
           Tarikh        : 11 MAC 2011
           Hari           : JUMAAT
           Masa         : 9.50 PAGI
          Tempat       : DEWAN MINI SEKOLAH SENI JOHOR BAHRU

2.    Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
2.1    Ucapan pengerusi.
2.2    Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ketiga.
2.3    Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG 2010/2011.
2.4    Membentang dan menerima Laporan Kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2010.
2.5    Pembubaran AJK PIBG 2010/2011 dan pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2011/2012.
2.6    Pembentangan Usul.
2.7    Ucapan Penangguhan.

3.    Sehubungan dengan itu, sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang usul, sila lengkapkan borang usul yang dilampirkan untuk dibincangkan dalam mesyuarat. Usul-usul tersebut hendaklah diserahkan selewat-lewatnya pada 4 Mac 2011 kepada:      
                        Setiausaha PIBG
                       Sekolah Seni Johor Bahru
                       Jalan Abdul Samad
                       80100 Johor Bahru, Johor


4.    Untuk makluman tuan/puan, pada hari berkenaan juga, pihak sekolah akan mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang PMR 2010. Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan untuk kecemerlangan anak-anak tuan/puan.

5.    Kerjasama daripada tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menjalankan tugas,


                         tt
………………………………...
(SELAMAT BIN HAJI OMAR)
Yang Dipertua PIBG
Sekolah Seni Johor Bahru

1 ulasan

Sayang Eizyana berkata...

salam...

harap msyt agung pibg kali ini dpt melantik ajk2 yg mampu menyumbangkan idea dan pandangan demi mbantu anak2 di ssejb..
penglibatan parents amat diperlukan.
tidak semestinya perlantikan ajk dibuat diklangn parents yg tinggal di johor shj..why not wujudkan biro2 mengikut zon..
utara, barat, timur n selatan
zmn smkin canggih tk semestinya tiap kali mesyt kena hadir..blh wat sidang video or apa jua kaedah bg berkongsi idea n buah fikiran..
sbenarnya byk yg boleh diusahakn olh pibg n skolah...kita ada produk which is ank2 ssejb adalah produk yg blh mhasilkan pendptn kpd sekolah..
mcm mgk 2010..kenapa tk wat kutipan tiket atlst RM10 per family yg dtg...rasanya tk salah..
n byk lagi yg blh diusahakan oleh pibg utk kumpul dana...juga publisit ttg ssejb kena all out..bukan stakat di johor shj..tiap penglibatan ank2 esp jika mwakili negara, perlu dwar2kan di media...
sy sudi berkongsi idea n pendpt memandngkan sy sdiri pya 8 thn pgnlman as ajk pibg di sekolah rendah anak..n hingga kini still be as ajk..
insyallah mana yg blh bantu saya bantu...bukan utk sapa pun...anak2 SSEJB juga....


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">