Perlawanan Persahabatan SSeJB & SMKSI 2 & 3 Mac 2011












Pada 2 & 3 Mac 2011 telah diadakan perlawanan persahabatan bola sepak bawah 15 & 18 antara SSeJb & SMKSI di padang SMKSI. Pada perlawanan hari pertama, pasukan bola sepak SSeJB bawah 15 seri 1-1 dan pada hari kedua pula, pasukan bawah 18 menang 1-0. Walaupun SSeJB serba kekurangan dari segi peralatan sukan terutama masih menggunakan bola lama, tapi semangat yang ditunjukkan para pelajar ini harus dicontohi dan ini membuktikan bahawa bukan setakat akademi serta kesenian sahaja matlamat kami tetapi sukan juga menjadi keutamaan. Ini juga bagi menyahut seruan Menteri Pelajaran dimana 'satu murid satu sukan' dan diharap kami dapat membangunkan lagi bola sepak SSeJB sebagai salah satu sukan yang utama di sini.

Penjaring bawah 15 : Wadi (2 Inang)
Penjaring bawah 18 : Syafiq Aiman (4 Songket)

0 Response to "Perlawanan Persahabatan SSeJB & SMKSI 2 & 3 Mac 2011"