Header Ads

Japan International High School Art Festival

Negara Jepun dibawah kelolaan International Foundation of Arts and Culture (IFAC) telah menganjurkan festival kesenian iaitu International High School Arts Festival yang telah disertai oleh pelajar-pelajar sekolah menengah Jepun dan 14 buah negara yang terpilih iaitu Jepun, Mesir, Filipina, Laos, Vietnam, Indonesia, Singapura, Kemboja, China, Ireland, Myanmar, Brunei, United Kingdom, Australia termasuk Malaysia.

Salah seorang pelajar tingkatan 3 dari SSJB iaitu Amirul Azizi Shadan telah terpilih untuk mewakili negara kita ke festival tersebut yang merupakan penganjuran kali ke-12 oleh negara Jepun.

Sebanyak 10 buah karya pelajar-pelajar SSJB telah dipamerkan pada festival tersebut bertempat di Ueno Royal Museum Tokyo.

 Karya mereka telah dipamerkan di muzium tersebut dari 27 - 31 Julai 2011.

Malaysia telah diwakili oleh  pelajar SSJB iaitu Amirul Azizi Shadan dengan karyanya bertajuk "Uncle" dan turut menemani beliau ialah  En Muhd. Safidzan Salman selaku jurulatih Seni Visual Sekolah Seni Johor Bahru.


Semua hadiah dan penghargaan berupa pingat dan sijil telah disampaikan oleh wakil-wakil dari kedutaan negara-negara yang mengambil bahagian.

Bagi negara Malaysia, hadiah penghargaan telah disampaikan oleh En. Wan Azainizam Yusri  selaku Minister Counselor, Kedutaan Malaysia di Jepun.

Sekalung tahniah kepada semua yang telah terlibat di atas kejayaan ini.












1 ulasan

tallchild berkata...

hello,

im trying to find more pictures of the event
do you perhaps have the catalog or more images that show more works?

thank you

Roni

roniaviv92@gmail.com


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">