Bertemu dan Berpisah Adat Manusia Biasa

Setelah berkampung selama 2 minggu untuk persiapan FMS di Sekolah Seni Johor Bahru dan di UITM Shah Alam, Maka detik untuk pelajar-pelajar tingkatan 5 dari kedua-dua buah sekolah untuk berpisah pun tiba dengan berakhirnya upacara Majlis Graduasi yang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Roli bin Hassan Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian KPM.

Pelbagai kenangan pahit dan manis yang telah kita sama-sama tempuhi bagi menjayakan program ini. Semoga ia akan menjadi satu pengalaman yang bakal mendewasakan kita dan semoga peristiwa bersejarah ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara semua pelajar lepasan Sekolah Seni Malaysia dan guru.

Sesungguhnya saya turut berkongsi perasaan terharu dengan empat orang jurulatih Seni pertama yang bertugas pada tahun 2007 dan pelajar-pelajar SSJB khususnya ketika tayangan Multimedia yang memaparkan gambar pelajar-pelajar kohort pertama Sekolah Seni Johor Bahru dengan diiringi oleh alunan lagu Warisan dendangan Allahyarham Sudirman Hj Arshad.

Dalam fikiran terbayang-bayang semua saat-saat itu iaitu ketika kita semua "Start from Zero" di SMK Mohd Khalid.

Harap anda semua bekas pelajar SSJB akan sentiasa menjadi insan yang saling berkongsi ilmu pengetahuan dalam bidang kesenian dan semoga anda semua berjaya dalam menempuhi hidup di hari-hari yang mendatang.

Sesungguhnya SSJB amat amat berbangga dengan kalian semua.

2 Responses to "Bertemu dan Berpisah Adat Manusia Biasa"

zunda berkata...

Sedih dan amat terharu buat kami ibu-bapa juga yang telah mengenali diantara satu sama lain sejak 5 thn lalu..

sayangEzyana berkata...

tahniah dan selamat maju jaya kepada semua ank2 batch pertama sekolah seni johor bahru...
doa sy agar kalian akn menjadi manusia yg berguna, manfaatkan ilmu yg dipelajari ke arah jalan yg betul dan bermanfaat...buktikan kepada mereka di luar sana bahawa pelajar2 sekolah seni ini bukanlah calang2 orang...pelajar2 sekolah seni adalah insan seni yg berilmu dan mampu mencapai kejayaan hingga ke puncak yg tinggi.

moga kalian juga mampu menjadi sumber inspirasi kepada adik2 yg masih meneruskan perjuangan mereka...

wish all the best...