Pelajar Sekolah Seni Johor Bahru hilang semasa berkelah di Desaru Kota Tinggi

Adalah dimaklumkan bahawa salah seorang daripada pelajar Sekolah Seni Johor Bahru dari bidang Seni Tari iaitu Zulhairi bin Mohd Fauzi pelajar tingkatan 4 Songket telah hilang semasa berenang ketika berkelah di Pantai Desaru kota Tinggi. Walaubagaimanapun mayat abangnya telahpun berjaya ditemui oleh orang ramai.

Sama-sama kita berdoa agar beliau akan ditemui dengan selamat. Pihak sekolah mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

7 Responses to "Pelajar Sekolah Seni Johor Bahru hilang semasa berkelah di Desaru Kota Tinggi"

Hazieq Sanat berkata...

dia pergi dengan keluarga ke?

MamaZi berkata...

saya begitu hiba dengan berita kehilangan mohd zulhairi semalam. apatah lagi apabila membaca kejadian tersebut di dalam akhbar. kami sekeluarga begitu simpati kepada keluarga mangsa dan berdoa agar mohd zulhairi ditemui segera. AL fATIHAH.

sayangEzyana berkata...

takziah untk klrga allahyarham...moga roh anakanda zulkhairi dan abgnya ditempatkan di klgn org2 yg beriman...amin...

pastinya ank2 di ssemjb akn terasa kehilangan arwah...

Eddie berkata...

Takziah buat keluarga Allahyarham..Al-Fatihah..

Laila Azwa berkata...

kami sklurga ucpkan salam takziah...kami trut brsedih... smga beliau ditemukan...amin...dr kami sklurga Mohd.Shaiful Anuar Bin Hermy. (Sek. seni Johor Bahru...) 2Masri...

ILlieYa berkata...

semoga rohnya Zulhairi Bin Mohd. Fauzi sentiasa dicucuri rahmat... sedih tak terkate sebab arwah sangat baik dengan semua orang... salam takziah untuk keluarga arwah...

Sara berkata...

Sedih dan terharu melihat dokumentari Kematian allahyarham Zulhairi di TV9 semalam..Alfatihah buat allahyarham.