Persiapan dan Latihan Festival Mutiara Seni 2011


Pelajar-pelajar dan jurulatih kesenian dari kedua-dua sekolah seni nampaknya sedang bertungkus lumus bagi menjayakan kosert dan juga pameran yang bakal diadakan di UITM Shah Alam sempena Festival Mutiara Seni dari 19-21 Disember 2011 nanti.









Sesi memperkenalkan diri (9 Disember 2011)









Pemuzik sedang menyusun atur kedudukan pemuzik



En. Riduan Taha sedang mengarah muzik.



Hathi Mere Sathi









Ia adalah merupakan satu cabaran yang hebat kerana pelajar-pelajar tingkatan lima ini telah lama tidak menyentuh instrumen muzik masing-masing bagi menumpukan kepada peperiksaan SPM mereka sejak daripada bulan Ogos setelah selesai Produksi SPM mereka.

Para pemuzik telah diberi tanggungjawab untuk memainkan pelbagai jenis muzik nostlagia yang sebahagiannya adalah bukan muzik di zaman mereka. Ini adalah atas keputusan mesyuarat dengan pihak BKK yang telah mengubah dan menambah lagu-lagu pilihan untuk konsert tersebut.
Pelajar-pelajar dari jurusan Tari, Teater dan Seni Visual turut berusaha keras melaksanakan tugas masing-masing.

Dengan 27 buah lagu yang hendak dilatih oleh pelajar muzik kedua-dua buah Sekolah Seni ini serta dengan kekangan masa yang singkat, diharapkan mereka dapat bersatu padu demi menjayakan program ini.





Tahniah kepada semua jurulatih yang turut sama terlibat dan sanggup berkorban masa cuti bersama keluarga untuk melatih anak-anak seni dari kedua-dua buah sekolah ini.
Semoga program Festival Mutiara Seni dan Majlis Graduasi ini akan  berjaya.

0 Response to "Persiapan dan Latihan Festival Mutiara Seni 2011"