Takziah kepada keluarga Allahyarham En. Aminuddin bin Jaafar

Semalam beberapa orang guru yang diketuai oleh Hjh Rohana Ismail, pengetua SSJB telah pergi melawat ke rumah Allahyarham En Aminuddin bin Jaafar yang merupakan bapa kepada salah seorang pelajar tingkatan 3 SSJB Bahiyah binti Aminuddin.

Allahyarham En Aminuddin bin Jaafar telah kembali ke Rahmatullah pada petang Khamis 2 Februari 2012 di kediamannya iaitu di Kuarters Institusi Pendidikan, Jalan Tun abdul Razak Johor Bahru.

Allahyarham adalah bekas AJK PIBG Sekolah Seni Johor Bahru dan juga merupakan Penyelia Matapelajaran Pendidikan Muzik Jabatan Pelajaran Negeri Johor adalah seorang yang cukup dikenali oleh warga pendidikan khususnya kepada guru-guru muzik.

Allahyarham pernah menjadi Konduktor bagi Orkestra Kem Muzik Kebangsaan pada tahun lepas yang turut dianggotai oleh pelajar-pelajar SSJB. Secara peribadinya saya cukup mengenali Allahyarham kerana beliau adalah merupakan senior kepada saya ketika kami sama-sama menuntut di Maktab Perguruan Ilmu Khas adalah seorang yang lemah lembut tutur katanya dan komited dalam tugas yang dipertanggunjawabkan oleh pihak JPN Johor.

Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.
 
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah merakamkan ucapan takziah dan semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan dihimpunkan bersama golongan orang-orang yang soleh. Al-fatihah.

0 Response to "Takziah kepada keluarga Allahyarham En. Aminuddin bin Jaafar"