Header Ads

Generasi Pertama SSeJB-Keputusan SPM 2011-Tahniah!!
















21 Mac 2012-Seramai 60 orang pelajar Sekolah Seni Johor Bahru telah menerima keputusan SPM 2011. Menduduki tempat ke-4 daerah Johor Bahru dan tempat ke-6 negeri Johor serta cemerlang 100 peratus SPM 2011, Sekolah Seni Johor Bahru layak menerima Anugerah Pencapaian 100 Peratus Lulus Cemerlang dan Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Yang Telah Mencapai ETR SPM 2011.

Dengan usaha keras dan gigih, Lilis Jah Izzati binti Mohd Yatim, Nurul Adilla Syamimie binti Mohd Syaffi dan Amira Syuhada binti Shahiran telah mendapat A dalam kesemua mata pelajaran yang diambil.

Menurut kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud, "Pencapaian keseluruhan calon SPM 2011 bertambah baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 5.04, berbanding 5.19 pada tahun 2010," katanya pada majlis pengumuman analisis keputusan peperiksaan SPM di Putrajaya hari ini. Beliau berkata seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan itu tahun lalu.

Abd Ghafar berkata seramai tujuh calon memperoleh semua A+ dalam 12 mata pelajaran, 72 calon (11 mata pelajaran), 284 calon (10 mata pelajaran) dan 143 calon (sembilan pelajaran). Berdasarkan GPN, Abd Ghafar berkata keputusan SPM 2011 adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun.


4 ulasan

Unknown berkata...

terima kasih kepada semua guru dan jurulatih yg telah bersusah payah mengajar kami dan kami terharu apabila mmpu membuat guru2 semua menangis kegembiraan :)

zunda berkata...

TAHNIAH!!! kpd semua anak2 seni SSeJB...

Sayang Eizyana berkata...

tahniah kepada semua ank2 sulung ssemjb atas kejayaan kalian...esp kepada tiga dara yg mencatat kejayaan cemerlang dan membanggakan....semoga kajian kalian ini dapat memberi suntikan semangat kepada adik2 yg masih meneruskan perjuangan mrk di ssemjb...
again....congratssssss...............

Zoulphoto berkata...

Tanpa usaha pelajar itu sendiri juga.. mereka-mereka ini tidak akan dapat mengecapi kejayaan ini. perjuangan harus diteruskan untuk ke menara gading dan jangan lupakan kami semua di sini :)


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">