JUARA (Gold With Honours 96%) Dalam Pertandingan Tarian Festival Colours Of World (FESCO 2012)

    Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru JUARA FESCO 2012 sempena Festival Colours Of The World bertempat di Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tronoh, Perak.Pada hari Sabtu yang lalu (7 April 2012) Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru telah menyertai pertandingan ke Festival Colours Of Worlds (FESCO) yang di anjurkan oleh Universiti Teknologi Petronas di Seri Iskandar Perak yang telah disertai oleh 32 universiti di antaranya ialah Universitas Gadjah Madah (Indonesia), Universiti Teknologi Petronas (Mozambique), Universiti Teknologi Petronas (Uzbekistan), IPTA (UiTM, USM, UPM, UniTen, UIA, UMS, UMT(Terengganu) UPSI, Univesiti Swasta (Taylor’s Uni, HELP Uni Kolej, Meltimedia Uni, SUNWAY Uni, TAJ Internasional Collage, UMTECH, TATI Uni Collage, Politenik , Kolej Yayasan Sabah dan untuk perngetahuan semua, hanya sebuah sekolah sahaja yang menyertai pertandingan tersebut berrtanding bersama-sama universiti yang disebutkan tadi, sekolah tersebut ialah Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru.
     Kesemua 33 pasukan menampilkan pelbagai jenis tarian rakyat yang memaparkan tradisi masyarakat di dunia. Peringkat saringan di adakan pada hari Sabtu di bahagikan kepada 2 sessi (pagi dan petang). Pertandingan ini di adili oleh 10 juri professional yang telah menyaksikan persembahan diantaranya tarian india, samrah, wau bulan, zapin, tarian kecak dari Indonesia, tarian arab dan lain-lain. Namun, juri telah sebulat suara memberikan markah tertinggi sebanyak 96% di mana 8 daripada 10 orng juri telah memberikan perfect 10 kepada Tari Berkasih Makan Sirih dan sekali gus menobatkan tarian tersebut mendapat pingat Emas Dengan Kepujian (JUARA). Untuk pengetahuan semua, tahap pecapaian untuk mendapat pingat emas dengan kepujian ialah 88% ke atas, akan tetapi tarian berkasih makan sirih telah meninggalkan 32 perserta lain jauh di belakang dengan markah 96% yang telah di menangi oleh Sekolah Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru.
    Hadiah kemenangan sempena pertandingan FESCO ini,  Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru kita telah dijemput membuat persembahan Tari Berkasih Makan Sirih di pentas berprestij yang bertaraf antarabangsa iaitu di Dewan Philharmonik Petnonas KLCC pada 10 April 2012 sempena Tapestry Of Colours 2012.
 











 

4 Responses to "JUARA (Gold With Honours 96%) Dalam Pertandingan Tarian Festival Colours Of World (FESCO 2012)"

Sayang Eizyana berkata...

Tahniah & syabas....berbangga dgn pencapaian anak2 sek seni ini...

moga di masa hadapan akan lebih banyak menyertai pertandingan yg lebih besar dan berprestij...dan sek seni jb akan lebih dikenali bukan sahaja di negara ini malah juga diluar negara.

tahniah buat pengetua, jurulatih bidang tari dan of course kepada kumpulan penari yg hebat2 ini..

aw berkata...

syabas & tahniah anak2 seni ssejb....berbangga dgn kemampuan kalian semua mengharumkan nama sekolah...kecil2 cili padi....mampu bertanding dgn abg2 kakak2 U....alhamdulillah tahniah kepada pengetua ,jurulatih dan anak2 seni menjadi yang terhebat.....

mimi hasmidah berkata...

congrats adik2!

AzOne berkata...

tahniah untuk SSJB,kerana dapat melahirkan anak2 seni yang berbakat, sudah tentunya ibubapa amat berbangga. Diharap pencapaian ini dapat diperluaskan dari segi lain bidang seperti seni teater, audio visual. Ini kerana apa yg saya perhatikan hanya anak2 seni muzik dan tarian sahaja yang banyak pendedahan luar.