Program Pertukaran Pelajar SSeJB dan Semesta

Program pertukaran pelajar di antara Sekolah Seni Johor Bahru dan SM Sains Tengku Abdullah Raub Pahang (SEMESTA) telah dijalankan mulai 16 april 2012 hingga 20 april 2012. Program bertujuan bagi menjalinkan kerjasama dalam bidang akademik dan kesenian di antara pelajar-pelajar kedua-dua buah sekolah.





Pihak SEMESTA telah menghantar 20 orang pelajar dalam program ini bagi menimba ilmu dalam bidang kesenian muzik gamelan.

Jurulatih-jurulatih muzik telah mencurahkan ilmu mereka dalam permainan alat muzik gamelan tradisional dan kontemporari.

Diharapkan program kerjasama di antara kedua-dua buah sekolah berasrama penuh ini dapat memberikan impak dan manfaat bagi kedua-dua buah sekolah yang terlibat khususnya dalam bidang kesenian dan akademik.

0 Response to "Program Pertukaran Pelajar SSeJB dan Semesta"