Header Ads

Majlis Makan Malam Dialog Nasional Pendidikan Negara di Mawar

Sekolah Seni Johor Bahru sekali lagi diberi kepercayaan untuk membuat persembahan di peringkat kebangsaan sempena Majlis Makan Malam Dailog Nasional Pendidikan Negara yang berlangsung di Kompleks Mawar Johor Bahru.

SSJB telah mempersembahkan Muzik pelbagai genre dan tradisional tempatan dan antarabangsa mengikut era seperti 60-an, 70-an sehinggalah muzik terkini. Manakala kumpulan tari turut menjayakan majlis ini di bawah bimbingan jurulatih tari dengan tarian rampai Melayu, masri dan joget.

Sebelum majlis bermula, hadirin telah dihiburkan oleh jurulatih muzik yang juga pelatih dari UPSI iaitu Ayahnda Garry  dengan lagu Mandy yang dipopularkan oleh Barry Manilow manakala Ayahnda Justersan yang meniup alat muzik Alto Saksofon untuk lagu Nothing Gonna Change My Love For You dengan diiringi oleh pemain piano handalan dari SSJB secara duet.



























Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">