Header Ads

Terima Kasih dan Selamat Tinggal Bonda Siska

Hari  ini adalah merupakan hari terakhir bagi Cik Siska Nadiah Abdul Khalil yang juga dikenali Bonda Siska iaitu jurulatih Seni Muzik. Beliau adalah seorang yang sangat komited dengan kerjanya di samping mempunyai kemahiran muzik yang tinggi, berani dengan idea yang bernas dan seorang yang penyayang kepada pelajar.



Beliau yang berlatar belakangkan daripada sebuah keluarga yang berjiwa seni yang disegani di Malaysia telah memberikan sumbangan yang cukup banyak kepada sekolah terutama kepada bidang muzik di sekolah. Pendek kata kerjanya macam dua orang punya kerja... Advance dan inovatif.... untung bagi Panitia Muzik Sekolah Seni Johor Bahru yang mendapat jurulatih seperti beliau....

Tapi demi untuk kerjaya dan masa depan beliau, Beliau terpaksa meninggalkan kami  sini. Beliau akan melanjutkan pelajarannya di ASWARA pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Muzik.

Semoga beliau akan sentiasa mengingati pahit manis semasa bersama kami di sekolah ini dan dapat dijadikan pengalaman hidup yang bermakna untuk perjuangan beliau seterusnya.

Semoga satu hari nanti Bonda Siska akan kembali semula menjadi tenaga pengajar di sekolah seni setelah menggenggam segulung ijazah. Kami sentiasa mengalu-alukan.

Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">