Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Tingkatan 1 2013 adalah pada 15 Julai 2012.



Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Tingkatan 1 2013 adalah pada 15 Julai 2012.


Permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia bagi pengamblan pelajar ke tingkatan satu sesi 2013 boleh dibuat sekarang. Mereka yang mendapat tawaran akan masuk ke salah satu Sekolah Seni ini pada Januari 2013.

Syarat Asas
  • Warganegara Malaysia
  • Berbakat dan berpotensi dalam mana-mana bidang kesenian berikut: seni visual, seni muzik, seni tari atau seni teater.
  • Memperoleh keputusan minimum 3B atau setara dalam UPSR tahun 2012
  • Lulus sesi uji bakat
Bidang
Empat bidang kesenian yang ditawarkan ialah :-
  • Seni Visual, 
  • Seni Teater , 
  • Seni Tari dan 
  • Seni Muzik 
Kaedah Permohonan
  • Permohonan Terbuka
  • Pemilihan berdasarkan sesi uji bakat oleh sebuah panel khas
  • Cadangan oleh badan kesenian negeri atau kebangsaan

Pengambilan utama adalah terdiri daripada murid-murid Tingkatan 1. Walaupun begitu ambilan juga dibuka bagi kemasukan di peringkat pengajian Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 atas keperluan kes-kes tertentu.

Permohonan Terbuka

Permohonan terbuka secara online boleh dibuat dilaman web Sistem Permohonan ke Sekolah Seni Kementerian Pelajaran Malaysia.


Sila rujuk Panduan Permohonan untuk membantu mengisi borang permohonan.

Uji Bakat

Satu sesi uji bakat dihadapan Panel Pemilih KPM akan diadakan.
Hanya mereka yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi uji bakat.
Di antara elemen yang akan diuji semasa ujian bakat adalah seperti:
  • Tidak buta warna
  • Cara komunikasi yang baik dan memuaskan;
  • Mempunyai ketrampilan dan pesonaliti yang baik
Kemudahan
Kemudahan yang disediakan di Sekolah Seni adalah berkonsepkan sebuah sekolah berasrama penuh. Kemudahan-kemudahan ini membolehkan murid-murid menjalani proses pengajaran dan pembelajaran akademik, latihan kesenian dan kebudayaan, serta aktiviti kokurikulum dan riadah secara berjadual dan terancang.

Bangunan dan kemudahan asas di Sekolah Seni memerlukan bangunan dan kemudahan asas yang bercirikan reka bentuk menarik dan persekitaran yang kondusif bagi murid-murid membangunkan bakat mereka dalam bidang seni, selain daripada pembelajaran akademik.

Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Kompleks Seni adalah bagi tujuan persembahan hasil kerja murid, sama ada bagi maksud penilaian, mahupun persembahan apresiasi seni di peringkat sekolah.

Peralatan sokongan kesenian adalah merangkumi kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang berteraskan peralatan moden sesuai dengan pembangunan dan perkembangan dalam dunia seni, teknologi dan kehidupan sosial semasa.

2 Responses to "Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Tingkatan 1 2013 adalah pada 15 Julai 2012."

noorcycling.com berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
noorcycling.com berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.