Header Ads

Bermaaf-maafan kita semua




Pelajar SSJB akan mula pulang untuk berhari raya di kampung masing-masing pada hari ini. Justeru pihak sekolah telah mengadakan satu majlis dengan dimulakan dengan acara Solat Zohor secara berjemaah di Dewan Mini oleh semua guru dan pelajar.






 Seterusnya selepas solat, majlis penyampaian sumbangan duit raya guru-guru kepada pelajar-pelajar terpilih telah disampaikan oleh Cik Hajah Rohana Ismail, pengetua SSJB.







 Majlis diteruskan dengan ucapan oleh pengetua yang diakhiri oleh pentun Seloka Hari Raya untuk semua warga sekolah.








 Majlis diteruskan dengan program Mentor dan mentee bertemu dan saling bermaafan dan juga sumbangan duit raya turut diberikan kepada mentee masing-masing oleh mentor-mentor.





















 Majlis diakhiri dengan acara bermaaf-maafan antara semua guru-guru dan pelajar-pelajar. Sesungguhnya majlis ini cukup memberi kesan kerana pengisiannya yang dapat mengeratkan lagi tali silaturahim dan juga   membolehkan setiap warga pendidik dan pelajar dapat memohon maaf atas kesalahan yang mungkin secara sengaja atau tidak disengajakan.


 Selamat Hari Raya dan Selamat bercuti. Hati-hati di jalan raya.

Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">