Header Ads

Mesyuarat penyelarasan "Loose Furniture" untuk Sekolah Seni Baru

Satu mesyuarat untuk membuat penyelarasan barangan perabot dan peralatan telah diadakan di Bilik Penolong Kanan SSJB semalam dan hari ini. Mesyuarat ini turut disertai oleh wakil daripada BKK Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Kewangan JPN Johor dan pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan.

Mesyuarat ini adalah sangat penting kerana memandangkan sekolah yang baru akan siap tidak lama lagi maka, pelbagai peralatan, perabot dan kemudahan perlu difikir dan ditentukan supaya sekolah yang baru tersebut nanti akan dapat beroperasi dengan lancar.

Guru-guru dan ketua bidang berkaitan turut sama membentangkan senarai peralatan yang diperlukan dan adalah diharapkan senrai barangan keperluan dan perabot yang dipohon akan diluluskan oleh pihak Kewangan KPM agar dapat disegerakan pembeliannya kelak.





Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">