Perkembangan Terkini Pembinaan Sekolah Seni Johor Bahru

Petang tadi semasa dalam perjalanan ke Stadium Pasir Gudang untuk menyaksikan Pertandingan Keroncong, aku telah singgah ke tapak pembinaan sekolah yang baru. Oleh kerana tak mahu kereta kotor kerana lecak, hanya dua gambar saja dapat diambil. Itu pun sebab pada ketika itu jalan masuk pun sedang dalam pembinaan.

Tetapi yang boleh kita lihat ialah Bangunan Auditorium nampaknya dah mula naik..... Kalau mengikut dalam jadual projek, pembinaan sekolah yang telah dimulakan pada bulan April 2011 dijangka siap pada Mac 2013.



1 Response to "Perkembangan Terkini Pembinaan Sekolah Seni Johor Bahru"

bhar zul berkata...

Seronoknya dapat sekolah baru. Masuk nanti tahun depan masih bau cat. Pelajar pun semangat untok belajar kerana MEGAH DAN BANGGA dengan sekolah sendiri. The Best!