Tahniah Kepada pasukan Keroncong ke Final Pertandingan Nyanyian dan Kumpulan Keroncong Terbuka Johor 2012





Pertandingan Nyanyian dan Kumpulan Keroncong Terbuka Johor 2012 merupakan pertandingan kali ke-8 yang akan mempertandingkan tiga kategori iaitu:

  • Kategori Kumpulan Keroncong Asli
  • Kategori Kumpulan Keroncong Kontemporari
  • Kategori Nyanyian Solo Dewasa
  • Kategori Nyanyian Solo Remaja

OBJEKTIF:

  • Melaksanakan mandat dan tanggungjawab serta visi Yayasan Warisan Johor untuk memelihara warisan seni budaya bangsa.
  • Menggalakkan peningkatan mutu seni muzik keroncong secara menyeluruh.
  • Menggalakkan kecenderungan serta minat di kalangan masyarakat dalam aktiviti kesenian.
  • Menggalakkan kecenderungan serta minat di kalangan masyarakat terutama golongan muda mengenali dan mempelajari seni muzik dan nyanyian keroncong.
  • Meningkatkan kefahaman di kalangan generasi muda dalam mempelajari irama muzik keroncong.

Tahniah kepada Nurul Farahin Mustafa bagi Kategori Nyanyian solo Remaja dan Kumpulan Keroncong SSJB yang berjaya ke pertandingan akhir bagi Kategori Keroncong Kontemporari pada hari esok (30 September 2012) dalam PertandinganNyanyian Solo Keroncong. 





Sama-sama kita doakan kejayaan mereka pada hari esok. Marilah kita sama-sama memberi sokongan kepada mereka di Stadium Tertutup Pasir Gudang esok.

1 Response to "Tahniah Kepada pasukan Keroncong ke Final Pertandingan Nyanyian dan Kumpulan Keroncong Terbuka Johor 2012"

bhar zul berkata...

Tahniah Nurul dan Kumpulan Keroncong SSJB! Semoga terus berjaya dan cemerlang!