Header Ads

TAHNIAH SPM 2012 100% LULUS SEKALI LAGI

Semalam telah diumumkan keputusan peperiksaan SPM 2012. Seramai 50 orang calon telah menduduki peperiksaan tersebut.

Alhamdulillah sekali lagi SSeJB telah mencapai keputusan cemerlang 100% kelulusan. Purata GPS adalah 2.23

Seramai 5 orang pelajar telah mendapat Gred A dalam semua matapelajaran di ambil. Murid tersebut adalah

  1. Iddin Hafizi bin Ahzali
  2. Nor Syahida binti Mohd Pauzi
  3. Nuraina Shuhadah Binti Haris Fadilah
  4. Umar Abdul Azim bin Abdul Halim
  5. Ezryn binti Mohamad

Apa yang menarik  bagi murid-murid lepasan SPM dari SSeJB ini ialah, kesemua mereka telah dilamar oleh institusi pengajian tinggi tempatan seperti Universiti Malaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Teknologi Mara, dan Institu Perguruan Malaysia.

Sekalung tahniah daripada warga pendidik SSeJB kepada semua calon yang telah berusaha gigih sehingga berjaya. Kami juga mendoakan agar anda semua terus berjaya dalam menempuh liku-liku hidup di masa hadapan.

2 ulasan

zunda berkata...

Tahniah buat semua warga SSeJB.

Unknown berkata...

Semua kerja keras dan penat lelah guru guru, pelajar dan semua tenaga kerja SSJB untuk pelajar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM dimakbulkan Allah SWT hari ini. Tahniah pada semua. Semoga lebih berjaya dimasa hadapan.


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">