Lawatan Dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Ke Bangunan Baru SSeJB di Seri Alam

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBhg. Tan Sri Ghafar bin Mahmud bersama-sama Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) YBhg. Dato' haji Sufa'at bin Tumin , Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Johor En. Md. Hasidin Bin Hj. Zaini , Pengarah Bahagian Seni dan Kokurikulum, Tn Haji Zainudin Abas serta En Yasman bin Jamsir, Ketua Sektor Pembangunan Sumber Kemanusiaan JPNJ, mendengar taklimat yang disampaikan consultant projek di Seri Alam semalam.











      SERI ALAM - Pembinaan Sekolah Seni Johor Bahru yang mengambil masa lebih kurang 2 tahun hampir 97 peratus siap. Menurut consultant projek, kerja-kerja terakhir seperti pembinaan pagar untuk asrama, membaik pulih padang, pemasangan bekalan air dan elektrik serta beberapa kerja perincian masih dijalankan. Jangkaan bagi tempoh sepenuhnya siap dan boleh diduduki  jika tiada sebarang masalah dari kontraktor projek ataupun pemaju tanah Seri alam sendiri adalah pada Oktober 2013.


     Disamping itu, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBhg. Tan Sri Ghafar bin Mahmud bersama-sama Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) YBhg. Dato' haji Sufa'at bin Tumin , Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Johor En. Md. Hasidin Bin Hj. Zaini , Pengarah Bahagian Seni dan Kokurikulum, Tn Haji Zainudin Abas serta En Yasman bin Jamsir, Ketua Sektor Pembangunan Sumber Kemanusiaan JPNJ telah sudi hadir untuk membuat lawatan ke tapak bangunan baru ini untuk mendengar sendiri taklimat dari pihak consultant projek.

     Lawatan yang mengambil masa 4 jam itu, banyak membincangkan isu-isu teknikal yang dihadapi bagi menyelesaikan dan mempercepatkan proses penyiapan bangunan bagi memulakan sesi pembelajaran di bangunan baru ini selewat-lewatnya oktober 2013.



0 Response to "Lawatan Dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Ke Bangunan Baru SSeJB di Seri Alam"