Header Ads

Lawatan dari Universiti Putra Malaysia

Pada 12 Jun 2013 lalu, sekolah telah menerima kunjungan dua orang pensyarah dan pelajar dari Faculty of Human Ecology, Jabatan Muzik UPM.

Mereka ialah Prof. Dr. Gisa Janichen dan seorang pelajar post graduate antarabangsa iaitu Chinthaka Prageeth Meddegoda dari Colombo, Sri Lanka yang sedang membuat kajian mengenai Ghazal Melayu.

Sekolah Seni Johor Bahru telah dipilih oleh kerana sekolah ini mempunyai kumpulan ghazal dalam aktiviti persembahan dan sukatan kurikulum Pendidikan Kesenian Muzik.



Semasa lawatan tersebut dijalankan, beliau telah memberikan input dalam permainan ghazal dan menunjukkan demo permainan alat-alat muzik ghazal kepada murid tingkatan 4 Seni Muzik di bawah kendalian jurulatih muzik iaitu Cik Mah Nyuk Ying.


Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">