PERSEMBAHAN SELINGAN KERONCONG FINALE WIND ORCHESTRA SBP 2013 KALI KE 15




 Kumpulan Keroncong Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru (SSeMJB) telah mendapat jemputan daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membuat persembahan keroncong semasa slot selingan dalam Pertandingan Finale Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh Kali ke-15 Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya International Convention Centre.

                  Pertandingan tersebut akan dijalankan pada 16 jun 2013 (Ahad) yang turut dihadiri oleh Sultan Pahang  iaitu Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah 
Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah selaku tetamu kehormat pada majlis itu.

Justeru itu, kumpulan keroncong Sekolah Seni Johor Bahru telah membuat persediaan dan latihan rapi bagi menghasilkan satu persembahan yang berkualiti dan menghiburkan. Mereka akan mempersembahkan beberapa lagu keroncong kontemporari seperti lagu Terukir di Bintang, Kemayoran, Kuda Hitam dan Sayang.

                  Semoga melalui persembahan ini, kumpulan keroncong Sekolah Seni Johor Bahru  akan terus dikenali seterusnya menyebarluaskan tentang kewujudan sekolah ini melalui persembahan muzik tradisi yang diwarisi sekian lama di negara ini.




1 Response to "PERSEMBAHAN SELINGAN KERONCONG FINALE WIND ORCHESTRA SBP 2013 KALI KE 15"

AzmiR berkata...

Bagaimana cara sekiranya saya bminat mdapatkn pkhidmatan untuk psembahan?