Pingat perak dan gangsa dalam pertandingan Raja Zarith Sofiah Awards


Tahniah kepada pelajar sekolah seni yang memenangi pingat perak dan gangsa dalam pertandingan Raja Zarith Sofiah Awards

Senarai peserta bertanding : http://rzsawards.my/doc/finalist.pdf

KATEGORI REKABENTUK KRAF
ADAM QHAIRIL ALKEMAL BIN ABD HALIM - REKABENTUK KRAFTANGAN/COASTER


KATEGORI REKABENTUK PRODUK 
  1. MEGAT MUHAMMAD AFIQ ZHAFRI B. MOHD ZUMAIDI
  2. NUR ATIKA BT. MOHD YUSSOF - FLEXI WARDROBE
  3. MAZUIN BINTI ABDULLAH - MEJA BELAJAR.

Raja Zarith Sofiah Award(RZSA) adalah merupakan satu pertandingan reka bentuk di mana pemenang anugerah ini akan menerima anugerah yang akan disampaikan oleh Yang Teramat Mulia Raja Zarith Sofiah Johor.

Pertandingan ini turut diiktiraf oleh Majlis Rekabentuk Malaysia.

RZSA dapat menyediakan satu platform di peringkat nasional kepada pereka-pereka tempatan Malaysia dengan matlamat agar dapat bersaing sesama mereka dalam satu pertandingan.

Pertandingan ini turut dianjurkan oleh Politeknik Ibrahim Sultan dan Pusat Keusahawanan Politeknik Malaysia (MPEC) dengan sokongan penuh dari Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dan disahkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).

Pertandingan ini dianjurkan di bawah RZSA bagi mencungkil kebolehan kreatif dan inovatif daripada pereka yang akan meningkatkan sumbangan terhadap industri reka bentuk kreatif tempatan dan antarabangsa.

0 Response to "Pingat perak dan gangsa dalam pertandingan Raja Zarith Sofiah Awards"