Sekitar Ujibakat YMGC

Sesi ujibakat Young Malaysians Go Classic anjuran Malaysia-Belgium-Luxembourg Council bagi memilih pemuzik orkestra telah dijalankan pada hari Sabtu 22 Jun 2013 di Studio Muzik.

Tujuan ujibakat diadakan adalah untuk memilih pemuzik orkestra klasik ayang akan membuat persembahan pada 1 November 2013 bertempat di KLCC.

Seramai 30 calon terdiri daripada murid sekolah Seni Johor Bahru dan peserta dari luar telah menghadiri sesi ujibakat yang dikendalikan oleh Kevin Field yang merupakan Principal Conductor dan Penasihat Artistik Malaysian Philharmonic Youth Orchestra.

Melalui sesi ujibakat ini, murid-murid sekolah seni telah mendapat satu pengalaman yang berharga di mana mereka dapat merasai sendiri bagaimana sesi ujibakat pemilihan pemuzik orkestra dijalankan oleh seorang pengarah muzik profesional.

Ujibakat telah bermula dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.







0 Response to "Sekitar Ujibakat YMGC"