Header Ads

Salam Takziah kepada keluarga Allahyarhamah Pn Zaleha binti Mohamed

Warga Sekolah Seni Johor Bahru amat terkejut dan terharu sekali apabila menerima berita mengenai kembalinya Pn Zaleha binti Mohamed Ketua Bidang Sains dan Matematik Sekolah Seni Johor Bahru ke Rahmatullah pada subuh hari Jumaat (30 Ogos 2013)yang lepas.

Allahyarhamah Pn Zaleha Mohamed yang baru sahaja selesai menguruskan majlis perkahwinan pertama anaknya pada minggu lepas yang berlangsung pada hari Sabtu 23 Ogos 2013 di Dewan Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru.

Allahyarhamah sangat terkenal dengan kelembutan tutur kata, peramah dan juga seorang yang komited dalam tugas-tugas yang di amanahkan kepadanya. Beliau juga adalah seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang katering jamuan dan khidmatnya sering diperlukan dalam penyediaan jamuan pada majlis-majlis anjuran pihak sekolah dan BKK.

Seluruh warga sekolah yang begitu terasa kehilangan beliau sebagai Ketua Bidang yang telah berjaya meningkatkan kecemerlangan  prestasi akademik murid-murid khususnya di dalam mata pelajaran sains dan matematik samada di peringkat PMR mahupun di peringkat SPM.

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati, saat-saat perginya Allahyarhamah di pagi hari Jumaat yang penuh keberkatan sesungguhnya adalah merupakan rahmat dari Allah S.W.T dan semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman. Amin.

Kepada keluarga Allahyarhamah Pn Zaleha Mohamed, kami harap dapat menerima dan bersabar dengan ketentuanNya ini. Terima kasih di atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau semasa berada di sekolah ini. Jasamu tetap dikenang.

1 ulasan

qhalida amat berkata...

salam takziah, saya salah seorang pelajar cikgu masa berada di sekolah munshi abdullah, she is a great teacher for me. may allah bless her. al-fatihah


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">