Header Ads

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin

Hari ini adalah merupakan hari persekolahan terakhir bagi tahun 2013. Memandangkan sekolah dijangka akan berpindah pada tahun depan di sekolah yang baru, maka satu majlis solat hajat dan bacaan Yassin telah dijalankan di surau sekolah baru bagi memohon ke hadrat Illahi agar guru-guru dan murid-murid beroleh keselamatan dan keberkatan apabila sesi persekolahan bermula nanti

Majlis ini dihadiri oleh murid tingkatan 4 dan guru-guru manakala bagi murid-murid tingkatan 5, mereka telah diberi kesempatan dan peluang untuk merasai suasana pembelajaran di bilik darjah baru melalui program kelas tambahan yang dijalankan serentak.





SURAU






Juruaudio sedang memasang portable P.A 


Membentang sejadah baru

Solat Hajat




Baccan Yassin



MELAWAT SEKITAR SEKOLAH







Pantri Bilik Rehat Guru

Bilik Mesyuarat

Tandas dalam bilik guru





BILIK GURU


Bilik Guru






PEJABAT PENTADBIRAN



AUDITORIUM



LIGHTING CONTROLLER

YAMAHA LS9 MIXER




RUANG LEGAR AUDITORIUM


BILIK KAWALAN AIRCOND AUDITORIUM

SEKITAR SEKOLAH












GELANGGANG SERBAGUNA





ASRAMA PUTRA



RUMAH WARDEN BANJIR








BILIK GOSOK


KATIL DALAM DORM














BILIK PEMANDU DAN STOR PERALATAN



DEWAN MAKAN



















MAJLIS PERPISAHAN 

Majlis pada hari ini turut sama memberi penghargaan kepada dua jurulatih yang akan menamatkan kontrak perkhidmatan mereka di sekolah ini. Mereka ialah En Mohd Shique Fazreekh (Jurulatih Muzik) dan Cik Nurul Azmunirah (Jurulatih Tari). Sekalung penghargaan dari kami atas segala sumbangan dan bakti yang telah dicurahkan selama perkhidmatan yang diberikan di sini.





















6 ulasan

Unknown berkata...

Sekolah Seni yang terbaik diMalaysia. Jarang pelajar mempunyai kesempatan sebegini, dipileh dari kalangan pelajar kesenian yang terbaik dari seluruh negara dan berkesempatan pula menduduki bangunan sekolah baru yang setanding, atau malah lebih baik dan canggih dari sesetengah IPTA/IPTS diMalaysia. Tahniah pada semua guru guru dan pelajar. Anda semua ada lah Pewaris Budaya Bangsa.

Zana Mohd Karim berkata...

Bila agaknye tarikh diumumkan pengambilan ting 1 2014?

Unknown berkata...

Alhamdulillah . Sekolah seni dah maju setapak lagi :) semoga pembukaan sekolah baru tahun depan akan membuka lebih banyak peluang pada adik-adik pelapis seni . teruskan bergiat dalam kesenian :)

Unknown berkata...

Alhamdulillah . Sekolah seni dah maju setapak lagi :) semoga pembukaan sekolah baru tahun depan akan membuka lebih banyak peluang pada adik-adik pelapis seni . teruskan bergiat dalam kesenian :)

Sayang Eizyana berkata...

Alhmdlah....penantian sekian lama bakal mcatatkn sejarah pd thn 2014....btuah sungguh ank2 & semua warga sek seni jb pyai sebuah sekolah yg cukup indah & hebat...moga kalian esp ank2 sek seni akn terus mlakar kjayaan dlm bid ksenian....

Unknown berkata...

Sudah tidak sampai 17 jam sebelum batch terakhir pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2013 akan terpaksa pergi juga dan melangkah pergi dengan langkah yang berat meninggalkan sekolah kesayangan - SSJB - untuk selama lamanya. Pejam celik 5 tahun terasa singkat sangat. Semua sudah besar panjang dan muda remaja sekarang.

Walau pun saya bukan bercakap mewakili semua ibu bapa pelajar dari seluruh Malaysia, namun disini saya dan isteri ingin merekodkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru guru, terutama Pengetua Cik Hajah Rohana dan semua warga kerja SSJB yang telah bertungkus lumus mengajar, tanpa jemu membimbing dan memupuk bakat kesenian dan pembelajaran akademik semua pelajar sejak 5 tahun yang lepas.

Terima kasih. Terima kasih.

Setinggi penghargaan juga kepada SSK, Sarawak terutama Tuan Pengetua Dr Sluhi, semua guru guru dan juga warga kerja. Anda semua telah melakukan semua yang terbaik yang juga tidak kurang hebatnya selama ini.

Mohon setulus kemaafan seandainya ada diantara anak anak ini telah bersikap kurang sopan dan keterlaluan selama berada di SSK/SSJB.

Allah SWT jua lah yang mampu membalas jasa baik dan keikhlasan budi tuan/puan semua.

Ayah Mell @ Kota Kinabalu.


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">