Jamuan Perpisahan En Zain Ahmad

Sekolah Seni Johor Bahru akan kehilangan seorang lagi jurulatih iaitu En. Zain Ahmad yang telah menamatkan kontraknya di sekolah ini.

Beliau adalah seorang jurulatih Seni Visual sejak dari tahun 2008. Antara sumbangannya adalah mencipta lirik bagi lagu sekolah ini yang terus berkumandang sehingga ke hari ini.

Banyak khidmat dan sumbangan yang telah diberikan oleh beliau selama berkhidmat di sekolah ini dan sesungguhnya pihak sekolah amat terasa kehilangan dan ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau dan semoga E. Zain akan terus berjaya di tempat bertugas yang baru iaitu di SMK Seri Rahmat yang sangat hampir dengan rumah kediamannya sekarang.

Majlis anjuran KGS ini turut disempurnakan dengan penyampaian cenderamata yang disampaikan oleh Pengetua SSeJB. Tahniah dan syabas kepada En Zain Ahmad.



0 Response to "Jamuan Perpisahan En Zain Ahmad"