Header Ads

Makluman Keadaan Terkini Bekalan Air di SSJB


Salam Sejahtera .

 Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa seluruh kawasan sekolah telah mengalami masalah gangguan bekalan air sejak hari Jumaat lalu disebabkan oleh berlakunya kerosakan pada peralatan untuk mengepam air ke air tangki utama.

Hal ini telah menyulitkan semua warga sekolah dalam urusan harian mereka.

Pihak sekolah telahpun berjaya mendapatkan bantuan daripada Syarikat Air Johor (SAJ) untuk membekalkan tangki air untuk kemudahan warga sekolah sejak hari Sabtu lalu. Namun begitu bekalan air tidak dapat menampung keperluan semua warga sekolah pada ketika itu. 

Justeru pihak sekolah telahpun mendapat kelulusan untuk memohon cuti berganti selama dua hari mulai 26 - 27 Februari daripada pihak PPD dan JPNJ mengikut prosedur yang telah ditetapkan.. 

Walaubagaimanapun beberapa orang pelajar dikehendaki untuk tinggal di asrama kerana akan mengikuti Program Jelajah Seni ke Pulau Pinang pada hujung minggu ini dan sebahagian lagi murid menyertai Kejohanan Olahraga MSSD Pasir Gudang.

Pada hari ini bekalan air dari tangki utama beransur pulih setelah pihak kontraktor bertanggungjawab telah membaiki pam tersebut .

Pihak sekolah juga ingin mengucapkan   terima kasih dan penghargaan kepada pihak SAJ yang telah membekalkan dua tangki tambahan untuk keperluan murid dan guru yang berada di sekolah.

Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa bekalan air untuk mereka sangat mencukupi.

Kepada semua ibu bapa dan penjaga, kami ingin memaklumkan bahawa tuan-tuan dan puan-puan tidak perlu bimbang dengan masalah ini kerana pihak sekolah akan memastikan kebajikan mereka terjaga.


Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">