Header Ads

Logo Bekas Pelajar Sekolah Seni Malaysia Johor Terpilih Logo Rasmi Harimau Malaysia

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini memperkenalkan secara rasmi logo baharu Harimau Malaysia rekaan Muhammad Amzar Mohamed sebelum sepak mula Perlawanan Amal Hari Malaysia 2016 antara pasukan Dugong All Stars lwn Pilihan Harimau Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.


Serentak dengan itu, lagu rasbEmi Harimau Malaysia berjudul “Launglah” turut diperdengarkan secara rasmi kepada umum.
Amzar ketika memenangi pertandingan anjuran Yayasan Warisan Johor pada tahun 2009

Logo rekaan Amzar, 22, yang bakat seni visualnya mula menyerlah ketika di menimba ilmu di Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru telah mendapat undian tertinggi dalam undian awam yang dibuat secara online selama 13 hari dari 22 Mac hingga 3 April 2016 di kalangan lima logo terbaik yang dipilih panel penilai profesional pada 8 Mac 2016 daripada 2,000 penyertaan diterima sepanjang peraduan mencipta logo Harimau Malaysia itu berlangsung dari 3 hingga 29 Februari 2016.
Amzar yang berasal dari Subang Jaya, Selangor kirni merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik di UiTM Puncak Alam.
Pada 2 Februari 2016, Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Majlis Pengenalan Penaja & Pengumuman Nama Gelaran Baharu Skuad Kebangsaan di Hotel The Royal Chulan, Kuala Lumpur telah mengumumkan nama ‘Harimau Malaysia’ sebagai nama gelaran rasmi baharu skuad bola sepak kebangsaan Malaysia, berkuat kuasa serta merta.
Serentak dengan itu, peraduan mencipta logo Harimau Malaysia ini telah dilancarkan.
Antara tujuan penjenamaan pasukan kebangsaan kepada Harimau Malaysia adalah untuk menunjukkan bahawa pasukan kebangsaan adalah milik semua peminat bola sepak Malaysia dan ini terbukti melalui proses penghasilan logo secara ‘crowdsource’ ini.
Logo baharu ini juga diterjemahkan dalam bentuk produk ‘Official Supporters Merchandise’ yang boleh dibeli di laman web rasmi Harimau Malaysia www.harimaumalaysia.my bermula pada hari ini.
Produk-produk ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para penyokong untuk menzahirkan sokongan mereka terhadap skuad bola sepak kebangsaan dengan memiliki barangan berkualiti dan rasmi keluaran Harimau Malaysia dengan harga yang mampu milik.

Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">