Live di Astro Anugerah Lagu Johor 2016 bagi kategori pertandingan kumpulan tradisional kreatif. 8 Oktober 2016



Alhamdulillah, akhirnya Kumpulan Orkes Sukma dari Sekolah Seni Malaysia Johor berjaya di terima untuk menyertai Anugerah Lagu Johor 2016 bagi kategori pertandingan kumpulan tradisional kreatif. 

Ini merupakan kali pertama penglibatan seramai 8 orang murid bidang seni muzik Tg 4 dalam penganjuran kali kedua ALJ 2016 anjuran Yayasan Warisan Johor. 

 Mari meramaikan dan memberi sokongan kepada murid2 sekolah seni malaysia johor di Stadium Perbandaran Pasir Gudang pada hari sabtu 8 oktober 2016 jam 9 malam atau tonton secara langsung di Astro Ria. 

Bawak sepanduk "Orkes Sukma" * gambar berikut merupakan persiapan pentas yang sedang dijalankan di Stadium MPPG

0 Response to "Live di Astro Anugerah Lagu Johor 2016 bagi kategori pertandingan kumpulan tradisional kreatif. 8 Oktober 2016"