Header Ads

Jamuan Sempena Maal Hijrah dan Deepavali Anjuran Kelab Guru SSeMJ

Sempena Maal Hijrah dan Deepavali, Kelab Guru Sekolah Seni Malaysia Johor telah membuat satu majlis Makan-makan Potluck bertempat di Bilik Guru SSeMJ.

Menu hidangan pada kali ini disediakan oleh guru-guru daripada setiap bidang akademik dan kesenian.

Jamuan Sempena Maal Hijrah dan Deepavali Anjuran Kelab Guru SSeMJ

Jamuan Sempena Maal Hijrah dan Deepavali Anjuran Kelab Guru SSeMJ

Jamuan Sempena Maal Hijrah dan Deepavali Anjuran Kelab Guru SSeMJ

Jamuan Sempena Maal Hijrah dan Deepavali Anjuran Kelab Guru SSeMJ


Selain itu, majlis ini turut diadakan bagi menghargai jasa dan sumbangan besar Ketua Bidang Seni Tari yang akan berpindah tidak lama lagi.


Ahmad Khairulanuar Rahimey

Sesungguhnya SSeMJ akan cukup merasai kehilangan Ayahanda Ahmad Khairulanuar Rahimey bin Rahim, Ketua Bidang Seni Tari yang merupakan seorang yang cukup hebat, berdedikasi, kreatif, inovatif, tegas dan penyayang.

Beliau akan berpindah ke sebuah sekolah di daerah Segamat Johor selepas cuti Deepavali nanti.

Karier beliau bermula apabila ditempatkan di sekolah ini sebagai seorang jurulatih seni tari yang pertama ketika sekolah ini ditubuhkan pada tahun 2007 semasa menumpang di SMK Mohd Khalid Johor Bahru .

Hasil daripada perancangan, kesungguhan, idea dan sumbangannya selama ini, banyak kejayaan besar serta membanggakan telah dicapai oleh  SSeMJ.

Ahmad Khairulanuar Rahimey

Majlis yang bermula pada jam 1.50 petang tersebut dimulai dengan ucapan penghargaan oleh Pn Hjh Rohana Ismail, Pengetua SSeMJ dan ucapan oleh Ahmad Khairulanuar Rahimey yang diraikan.


Ahmad Khairulanuar Rahimey

Tiada ulasan