Selamat Bercuti
Malam tadi semua pelajar selamat sampai setelah mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur.
Destinasi terakhir lawatan kami adalah di Institut Kraftangan Negara, Taman Rekreasi Templer.
Terima kasih kerana sudi menerima kedatangan kami walaupun kami diberitahu yang kalau nak ikutkan pihak IKN tidak lagi menerima kedatangan pelawat kerana mereka sedang sibuk membuat persiapan untuk Konvokesyen mereka.
Terimakasih kepada semua yang memberikan tunjuk ajar kepada pelajar kami di sana.
Kira-kira jam 12.00 tengah hari pelajar menantikan kedatangan ibubapa . Masa itu lah ramai pelajar yang menangis ada dan ada jugak yang meraung sebab nak berpisah utk bercuti dan adalah sebabnya tu....
Tak kira perempuan mahupun lelaki sama aje....
Ada gak yang menangis sebab dapat tahu aku nak berpindah tahun depan...
Tapi aku kata jurulatih yang baru nanti 527 kali ganda lebih handal daripada aku...
Apa-apa pun selamat bercuti dan InsyaAllah kita berjumpa lagi..
Post a Comment