Nurkidz

Monday, January 28, 2008

Motivasi Dr Shukri bin Abdullah.

Kursus Motivasi Bijak Belajar ini telah disampaikan oleh pakar motivasi Dr Shukri bin Abdullah.
Kursus ini telah dihadiri oleh kira-kira 200 orang pelajar yang terdiri dari semua pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 Sekolah Seni Johor Bahru serta pelajar jemputan dari SMK Mohd Khalid, Johor Bahru.
Kursus ini telah dimulai dengan ta’aruf oleh Dr Shukri dengan memperkenalkan carian dalam diri mengenai bijak belajar serta didedahkan dengan teknik belajar yang betul dan berkesan.
Penceramah juga membuka mata pelajar melalui pengalaman dan hasil yang telah diperolehi oleh Kumpulan terbaik SPM yang mendapat kejayaan yang cemerlang seperti Nuramalina, Nadia dan beberapa pelajar yang lain yang mendedahkan bagaimana mereka mendapat kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Kursus ini sangat berguna kepada pelajar bagi membentuk penggunaan masa yang baik dan berkesan.

No comments: