Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2008

Sekolah Seni Johor Bahru, Johor telah menerima seramai kira-kira 43 orang pelajar baru Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan 2008. Pelajar-pelajar berbilang kaum yang cemerlang ini telah hadir melapor diri bersama ibu bapa masing-masing dan perjalanan pendaftaran pelajar ini telah berlangsung dengan baik berkat kerjasama para guru dan pihak pentadbiran sekolah.

Majlis ini telah diserikan dengan persembahan pelajar bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 11.00 pagi untuk menghiburkan ibubapa serta menghilangkan kebosanan sebelum sesi taklimat bermula.

Majlis pendaftaran pelajar baru telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan ( JPJS ) Pn Rawiyah bte Mustaffa Kamal. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan multimedia mengenai latar belakang sekolah.

Sehubungan dengan itu, para ibubapa juga diberikan taklimat ringkas tentang sekolah oleh Pengetua Sekolah Seni Johor Bahru, Tn Hj Ishak bin Mahbob.

0 Response to "Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2008"