Header Ads

Majlis Makan Beradab dan Mesyuarat Panitia Pendidikan Kesenian

Malam tadi telah dijalankan satu Majlis Makan Beradab di Dewan Makan.
Majlis ini adalah merupakan aktiviti yang dilakukan di sekolah berasarama penuh, Palapes, Tentera dan lain-lain. Ia bertujuan untuk melatih dan memberi pendedahan kepada pelajar dalam menghadiri satu majlis j amuan yang formal mengikut protokol-protokol yang ditetapkan.

Majlis ini dijalankan pada pukul 8.30 malam. Turut hadir ialah Tuan Hj. Ishak Mahbob (Pengetua SSJB), Cik Hjh Rohana (PK Seni), GPK HEM SMK Mohd Khalid, GPK KoKurikulum SMK Mohd Khalid.

Majlis diserikan dengan nyanyian vokal yang mantap dikendalikan oleh pelajar tingkatan satu.

Selepas majlis tersebut selesai, satu mesyuarat panitia Pendidikan Kesenian diadakan di bilik guru pada jam 9.30 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam. Mesyuarat dipengerusikan oleh PK Kesenian dan dihadiri oleh semua jurulatih kesenian.

Malangnya gambar tak ada disebabkan semasa nak pergi sekolah tadi, aku bawa beg plastik sampah untuk dibuang. Semasa baling sampah tu, dengan kamera dan plastik sekali aku buang.

Dah sampai sekolah baru perasan yang terbuang kamera sekali.
Nasib baik balik dari meeting tu, tengok kat tempat sampah tu ada. Jumpa la balik.
So gambar tak ada.

Tiada ulasan