Nurkidz

Thursday, April 17, 2008

Lawatan Jalinan Kasih ke Asrama Anak Yatim Johor di Acheh, Indonesia

Rombongan daripada Sekolah Seni Johor Bahru seramai 25 orang telah mengadakan lawatan ke Aceh pada 11 hingga 15 April yang lalu.


Banda Aceh
Lawatan ini telah diketuai oleh Cik Hjh Rohana Ismail (PK Seni) bersama 2 orang jurulatih Seni Tari dan seorang jurulatih Seni Muzik.




Seramai 4 orang guru dan 21 orang pelajar telah mengadakan Lawatan Jalinan Kasih ke Rumah Anak Yatim Johor di Acheh, Indonesia.

Lawatan ini bertujuan untuk menjalankan bengkel untuk memperkenalkan permainan kompang dan tarian zapin kepada anak-anak yatim yang ada di antara mereka adalah merupakan mangsa kejadian bencana Tsunami pada tahun 2004 lalu.




Kumpulan kompang dan tarian telah dijemput untuk membuat persembahan bersama denagan pelajar Sekolah Seni SMP No 1, Peukan Bada, Aceh

.

Selain itu kumpulan Akartari telah dijemput untuk mengadakan persembahan tarian zapin dan kontemporari pada Konsert Diwana Cakradoniya (ala-ala konsert Jom Heboh) bertempat di Taman Ratu bersama-sama dengan persembahan muzik dan tarian tradisional penduduk-penduduk Acheh serta persembahan daripada pemuzik profesional Indonesia.



Kami juga berpeluang untuk menyaksikan sendiri kesan-kesan Tsunami di beberapa tempat di sekitar Acheh.











Gambar bersama anak-anak yatim Acheh.


Saat Tsunami Melanda Banda Acheh