Pelancaran Bulan Bahasa

Hari ini telah dijalankan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Sekolah Seni Johor Bahru 2008.
Aktiviti ini menggabungk an panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sekolah ini.

Pelancaran ini nampaknya menjadi satu penanda aras kepada panitia-panitia lain yang akan menjalankan aktiviti khususnya kepada panitia kesenian yang lain seperti panitia Seni Tari yang akan menjalankan aktiviti Bulan Seni Tari, dan lain-lain lagi.

Kedua-dua panitia ini telah membuat persiapan yang cukup rapi. Sebenarnya Majlis ini sepatutnya dijalankan pada minggu lepas, tetapi memandangkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan pada hari tersebut. Ia telah ditangguhkan kepada hari ini.

Aktiviti telah dimulakan dengan Ucapan daripada Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa SSJB iaitu En. Zulkifli yang menerangkan tentang aktiviti-aktiviti yang dirangka sepanjang bulan ini.

















Seterusnya Tn Hj. Ishak, pengetua SSJB telah menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis Bulan Bahasa SSJB. Tn Hj. Ishak juga telah meminta para pelajar agar terus meningkatkan prestasi di dalam bidang seni dan akademik sambil beliau juga telah menyampaikan nasihat dan amanat dalam ucapan terakhir beliau di sekolah ini kerana beliau akan berpindah tempat kerja.




















Ucapan terakhir di SSJB oleh Tn Hj. Ishak
















Acara persembahan sketsa dan sajak nasihat


TAHNIAH!!

0 Response to "Pelancaran Bulan Bahasa"